Pakai baju warna biru, pergi sekolah pukul satu, kerana cikgu pembekal ilmu,

Tuesday, 1 December 2015

PENGENALAN,CIRI-CIRI PANTUN,FUNGSI PANTUN,JENIS-JENIS PANTUN

Pengenalan Pantun


  • Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman lagi.Mengikut sejarah,pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu membaca dan menulis lagi.Pantun dicipta sebagai suuatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir,berjenakan dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka.

  • Pantun merupakan bentuk puisi tradisional yang terdiri daripada empat baris serangkap,empat perkataan sebaris ,mempunyai rima a,b,a,b dengan beberapa variasi dan pengecualian.Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaiatu rangkap pembayang dan rangkap maksud.Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap-rangkap tersebut memerlukan beberapa lain untuk melengkapkan keseluruhan idea.

  • Menurut Za'ba ialah kaedah rangkapan yang tertua dan asalnya kepunyaan masyarakat Melayu.Sebelum orang melayu tahu tentang surat-menyurat,mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pandangan idea.

Ciri-ciri Pantun

                                            Pisang Emas Dibawa Belayar,
                                                Masak sebiji Diatas Peti
                                            Hutang Emas Boleh Dibayar,
                                                 Hutang Budi Dibawa Mati

              1).Pantun melayu terbina dalam bentuk berangkap.
         
              2).Mengandungi bahagian pembayang dan maksud.

              3).Bentuk pantun terbahagi kepada rangkap pantun 2 baris/kerat,4 baris,6 baris,8 baris,
                   dan 12 baris.

              4).Bagi pantun 2 kerat rima akhirnya ialah a,a

              5).Bagi pantun 4 kerat rima akhirnya ialah a,b,a,b


                   

Fungsi Pantun


      1).Pantun digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti dalam seni,keagamaan,dan adat istiadat.

      2).Pantun juga, sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat,seperti
          sanjungan,pemujaan dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu upacara atau
          majlis rasmi.

      3).Pantun juga sebagai alat hiburan dan bahan jenaka serta gurau senda,terutamanya pantun
          jeneka dan pantun usik-mengusik serta pantun dalam permainan.

      4).Pantun sebagai alat pendidikan sama ada secara menyindir,kiasan atau berterus-terang.
           Contohnya,bagi menguji ketajaman akal dan kehalusan perasaam seperti pantun teka-teki,
           pantun peribahasa dan pantun yang terdapatdalam puisi adat.




   Jenis-jenis Pantun


                  1).Pantun Nasihat

                  2).Pantun Jenaka

                  3).Pantun Teka-Teki

                  4).Pantun Kasih Sayang

                  5).Pantun usik-mengusik

                  7).Pantun Agama


Pandangan Pantun Pada Zaman Sekarang



  • Zaman dahulu pantun menduduki tempat yang penting dalam kehidupan masyarakat,khususnya masyarakat Melayu.Pantun banyak digunakan dalam permainan kanak-kanak,dalam percintaan,upacara pertunangan dan perkahwinan,nyanyian dan upacara adat secara umum setiap tahap kehidupan masyarakat Melayu dihiasi oleh pantun.


                                                                Majlis Pertunangan

  • Namun pada zaman sekarang,zaman yang serbah moden ini dunia teknologi pantun maklumat yang lebih menyeronokkan telah menyebabkan generasi mudah kurang terdedah.





 Kebaikan dan Kelemahan Aktiviti Pantun Pada Masa Kini



                            Kebaikan Pantun
                            Kelemahan Pantun
1).Dapat Melatih murid supaya peka terhadap keindahan,kehalusan dan kesenian bahasa yang ada dalam pantun.
1).Pelajar lemah dalam memahami maksud pantun yang hendak disampaikan.
2).Melatih murid-murid memahami dan menterjemah bahasa yang mengandungi pelbagai makna yang terdapat dalam pantun dua kerat.
2).Pelajar lemah dalam kemahiran mencipta pantun.
3).Membolehkan murid-murid mengesan maksud,menyusun dan menyenaraikan idea,mesej dan pengajaran yang terdapat dalam pantun dengan cekap dan pantas.
3)Pantun jarang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
4).Memberi peluang murid-murid untuk menikmati pantun dan memahami maksudnya secara keseluruhan.
4).Pantun kian ketandusan di kalangan generasi muda terutama pelajar.
5).Membolehkan murid-murid belajar bahasa lisan dalam suasana yang menyeronokkan kerana terdapat unsure berhibur.
5).Kekurangan buku-buku ilmiah berkaitan pantun serta kurangnya dorongan ibubapa untuk mempelajari pantun



Pencipta Pantun
Image result for a samad said pejuang sastera





Merindui buku ~ A. Samad Said
Inilah denai jejak seni ke hati,
puncak fikir yang indah sekali,
tanpa himpunan ilmu di kalbu buku
kita tak sempat sampai ke mercu itu.
Di sini diri sentiasa di taman
menikmati unggas dan puspa menawan;
di sinilah vista buku saraf seni,
meranum akal mematang peribadi.
Kita wajar berpesta di kalbu buku
menghayati nikmatnya seindah syahdu
dalam tenang waktu khusyuk di pustaka
lebih cepat kita terasuh dewasa.
Buku adalah denyut nadi utama
penting bagi minda waras manusia;
dan buku juga gema fakir yang sakti,
nyaman dan mesranya sebuah simfoni.
Kita memupuk insan yang luhur budi
melalui tapisan hikmat berseni;
dan buku memang tasik aneka ilmu
yang perlu diselami sejujur kalbu.
Buku mengasuh diri sasa bersuara;
membaca menjadi jambatan bertuah
kita merindu buku dan ghairah baca
agar sentiasa canggih dan berhemah.

A Samad Said 
7 Mac 2004 
Dewan Sastera ogos 2004 ms 50


Kesimpulan Pantun


  • Kita mestilah memberi buku-buku ilmiah berkaitan dengan pantun kepada kanak-kanak zaman sekarang supaya mereka tidak lupa temtang pantun.

  • Guru haruslah menggunakan Pantun dalam pengajaran dan pembelajaran dalam subjek bahasa melayu.

  • Mengajar kanak-kanak zaman sekarang mencipta pantun.Supaya Pantun tidak dilupakan oleh kanak-kanak zaman sekarang.


Rujukan


  • http://cikgunazuandi.blogspot.my/

  • http://aliashamzah2095.blogspot.my/p/pantun-jenaka.html




No comments:

Post a Comment